ADAB MAKAN DAN MINUM
Mencuci Tangan Sebelum Dan Selepas Makan
Ibnu Majah dan Al Baihaqi meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa menginginkan agar Allah memperbanyak kebaikan rumahnya, maka hendaklah ia berwudhu ketika santapannya datang dan diangkat."
Membaca Bismillah Sebelum Makan Dan Alhamdulillah Sesudahnya
Abu Daud dan Tarmidzi meriwayatkan dari Aisyah r.a., Ia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah ia menyebut nama Allah Ta’ala (Bismillah). Dan apabila ia lupa menyebut nama Allah Ta’ala pada awalnya, maka hendaklah ia mengucapkan, Bismillaahi awwalahu wa aakhirahu (Dengan menyebut nama Allah pada awalnya dan akhirnya)."
“ Dengan nama Allah ,Ya Allah! berilah kami berkat dengan makan itu dan berilah makanan yang lebih baik.”
“Segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan yang memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.” (Diriwayatkan oleh Ashhabus Sunan (penyusun kitab-kitab Sunan), kecuali an-Nasa’i. Lihat juga Shahih Sunan At-Tarmidzi, 3/159)
Meneguk Minuman Tidak Sekaligus
Tarmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua atau tiga kali teguk. Dan bacalah Bismillah jika kalian minum, serta bacalah Alhamdulillah jika kalian selesai minum."
Tidak Mencela Makanan Yang Disajikan Kepadanya
Asy-Syaikhani meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: "Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah mencela suatu makanan pun. Apabila beliau berselera terhadap makanan itu, maka beliau memakannya, dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya."
Makan Dengan Tangan Kanan Dan Makanan Yang Dekat
Muslim meriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah r.a. Ia mengatakan: "Pernah aku menjadi seorang budak di bawah pengawasan Rasulullah SAW. Ketika (makan), tanganku bergerak di tempat makanan, Rasulullah saw. menegurku, "Hai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu."
Larangan Meniup Minuman
At-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa: Nabi SAW telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniup air di dalamnya." Meniup dan bernafas ketika minum dapat menimbulkan bahaya bagi kesihatan.
Makan Dengan Posisi Tegak
Muslim meriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW duduk tegak ketika memakan buah kurma."
Dianjurkan Berbincang-bincang Ketika Makan
Muslim meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bertanya kepada keluarganya tentang lauk pauk. Mereka menjawab, "Kita tidak punya sesuatu selain cuka." Beliau memintanya dan memakannya sedikit, seraya bersabda, "Ya, lauk pauk adalah cuka. Ya, lauk-pauk adalah cuka."
Dianjurkan Duduk Ketika Minum Dan Makan
Muslim meriwayatkan dari Anas r.a. dari Nabi SAW: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri. Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa itu lebih buruk."
Jangan Kekenyangan
Imam Ahmad, At-Tarmidzi dan lainnya meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda: "Tidak ada suatu tempat hunian anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja, sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaknya sepertiga diisi untuk makanannya dan sepertiga diisi untuk minumannya, serta sepertiga lagi diisi untuk nafasnya."
Demikianlah antara adab-adab yang diamalkan dari zaman Rasulullah SAW . Jika Rasulullah SAW serta sahabat boleh mengamalkan adab-adab semasa makan . Kenapa kita tidak? Jadi renung-renungkanlah & selamat beramal .~
Makan hanya bila terasa lapar.
Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”
Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.
Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
Jangan makan makanan lama.
Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.
Sebelum Makan
1. Makanan dan minuman dari sumber halal, bukan dari sumber haram dan syubhat.
2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguatkan badan kerana beribadat kepada Allah.
3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis Rasullah S.A.W
الوضوء قبله والوضوء بعدهبركة الطعام
“ Berkat makanan itu ialah dengan berwuduk sebelumnya dan sesudahnya”
4. Membaca Bismillah ketika makan dan membaca Alhamdulillah setelah selesai makan.
5. Hendaklah meletakkan hidangan makanan itu di atas hamparan di atas lantai kerana ini lebih menampak tawaduk dan kerendahan diri.
6. Duduk ketika makan, makan dengan tangan kanan dan dahulukan yang kanan.
7. Menyukai makanan yang ada tidak menghina makanan, jika suka makan, jika tidak ditinggalkan.
8. Makan bersama-sama dengan ahli keluarga, atau tetamu tidak makan keseorangan.
9. Sunat bercakap ketika makan.
10. Jangan sekali-kali memulakan makan sehingga dimulakan oleh orang yang tua.
11. Jangan mensia-siakan makanan.
Ketika Makan
1. Makan dengan tangan kanan.
2. Memakan apa yang ada di depannya. (yang terdekat di depannya).
3. Ketiga sunnah ini terkumpul dalam hadits Rasulullah saw.: “Wahai ghulam (anak) sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada di depanmu”. (HR. Muslim).
4. Membasuh makanan ketika jatuh dan memakannya kembali, sesuai dengan hadits: “Jika jatuh suapan (makanan) dari salah seorang diantara kalian, maka hilangkanlah kotoran yang terdapat padanya kemudian makan”. (HR. Muslim).
5. Makan dengan tiga jari, sesuai dengan dalil yang berbunyi. : “adalah Rasulullah saw. makan dengan tiga jari”. (HR. Muslim). Makan dengan tiga jari ini adalah paling sering di lakukan oleh Rasulullah saw. dan ini yang paling baik, kecuali jika makanan tersebut tidak bisa di pegang dengan tiga jari maka beliau menggunakan semua jarinya.
6. Posisi duduk ketika makan, ialah sebagai berikut: menegakkan kaki kanan dan menduduki kaki kiri, dan inilah yang di sunnahkan sebagaimana yang di terangkan dalam oleh al Hafidz Ibn Hajar dalam Fathul baary.
Selepas Makan
1. Berhenti sebelum kenyang
2. Menjilat mangkuk dan jari-jemari, Rasulullah saw. memerintahkan hal ini dengan bersabda:
“karena anda tidak mengetahui di bagian mana berkah itu ada”.
3. Mengucapkan “al hamdulillah” setelah makan, Rasulullah saw. bersabda: “sesungguhnya Allah rela terhadap hamba yang setelah memakan suatu makanan mengucapkan tahmid atas makanan tersebut”. (HR. Muslim).
4. Diantara do’a Rasulullah saw. setelah makan ialah:
Ertinya: “Segala puji bagi Allah, Yang telah memberikan aku makanan ini dan memberikan aku rezeki tanpa ada daya dan kekuatan dariku”.
5. Faedah dari do’a ini,ialah: orang yang mengucapkannya di ampuni dosanya yang terdahulu”. (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah, dan di hasankan oleh Syekh al baany).
6. Secara keseluruhan sunnah-sunnah ini akan senantiasa terulang dalam keseharian seorang muslim sebanyak 15 kali, jika kita memperhitungkan bahwa pada umumnya manusia akan makan 3 kali dalam sehari semalam karena hal ini yang umum di lakukan oleh orang-orang, dan sunnah-sunnah ini akan semakin bertambah jika di sela-sela jadual makan berat yang 3 kali tersebut di selangi dengan makan makanan ringan (snack).
Adab Minum
Ø Makruh meminum daripada mulut tempat simpan air seperti botol, kendi atau sebagainya.
Ø Sebaik-baiknya minum dalam gelas
Ø Makruh meniup atau bernafas dalam air
Ø Hendaklah minum ketika duduk
Ø Jangan minum dari bekas yang diperbuat daripada emas atau perak
Ø Jangan minum ketika terlalu kenyang.